F Hangheng Luah Hasrat Kembali Ke Pangkuan Super Junior | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hangheng Luah Hasrat Kembali Ke Pangkuan Super Junior

PENYANYI Hangheng menyatakan hasrat untuk kembali bersama kumpulan Super Junior sekiranya diberi peluang berbuat demikian.

Hangheng berkata dia ingin kembali berkongsi pentas bersama kumpulan itu selepas melihat persembahan mereka bersempena sambutan ulang tahun ke-10 Super Junior tahun lalu.

"Jika diberi peluang saya mahu kembali beraksi dengan mereka walaupun hanya sekali.

"Perkara itu terlintas di fikiran saya selepas menonton persembahan 10 tahun Super Junior tahun lalu dan ia mengamit memori bersama mereka," katanya dalam satu temubual seperti dilaporkan Soompi.

Dalam pada itu, Hangheng berkata, hasratnya itu kerana ingin merialisasikan impian peminat yang ingin melihat mereka kembali bergabung.

Malah katanya, ketika datang ke Korea baru-baru ini dia ada bertemu dengan ketua kumpulannya, Leetuk dan bekas pengurusnya untuk meluahkan hasrat itu.

"Bagaimanapun ia bukan semudah disangka kerana banyak perkara perlu diambil kira dan hasrat itu terpaksa dipendamkan terlebih dahulu," katanya.

Hanheng mula menyertai Super Junior pada 2005 sebelum bertindak meninggalkan kumpulan itu pada 2010.

Penyanyi yang berasal dari China itu turut memfailkan saman terhadap syarikat pengurusannya, SM Entertainment kerana tidak berpuas hati dengan agensi berkenaan.

Kini Hangheng aktif sebagai penyanyi dan pelakon di China.
Powered by Blogger.