F Hajah Vie Shantie Syukur Haji Sudah Selesai | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hajah Vie Shantie Syukur Haji Sudah Selesai


Walaupun Vie Shantie antara insan yang pernah terpalit dengan gosip cinta bersama pelakon Zizan Razak selepas kes perceraian Vie dengan bekas suami iaitu Eizlan Yusof.

Vie juga dilihat begitu tabah berdepan dengan gosip tersebut.

Kata orang yang lebih berpengalaman pula, bila diri kita ditimpa musibah mesti ada hikmah yang lebih baik selepas itu. Jadi, lihat saja Vie yang kini sudah pun bergelar Hajah. Alhamdulillah bertuahnya Hajah Vie dapat seruan mengerjakan Haji.


"ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat.

"Hari ini adalah hari bersejarah buat cacatan amalan kehidupan Dunia dan Akhirat saya.. Syukur Alhamdulillah saya telah pun SELESAI menunaikan FARDU HAJI, RUKUN ISLAM YANG KE-5 segaligus telah menyahut seruan Allah SWT," luah Vie menerusi akaun Instagramnya.


Powered by Blogger.