F Hajah Neelofa - Ibu Ucap Syukur | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hajah Neelofa - Ibu Ucap Syukur


Sejuk perut ibu Lofa apabila anak kesayangannya itu kini sudah pun bergelar Hajah.

Di dalam akaun Instagram ibu Lofa, Noor Kartini meluahkan rasa syukur sekali gus mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas curahan doa yang dipanjatkan.

"Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah dengan rezeki mu YaRabb ..anakku telah bergelar Hajjah @neelofa aamiin.. Syukur Ya Allah ,Syukur Ya Rahman ,Syukur Ya Rahim.

"Tiada kata seindah perkataan Syukur Alhamdulillah .. Terima kasih kepada semua yg mendoakan kami , moga doa anda menjadi saksi Haji kami .. Love from Mekah," tulisnya.

Bertuah betul ibu Lofa, mempunyai seorang anak dara yang bertanggungjawab dalam menyempurnakan ibadah rukun Islam yang kelima. Kakigosip pun gembira melihat penampilan Lofa di sana.

Semoga Lofa dan keluarga selamat pulang ke tanah air yang dijangka kembali pada 21 September ini.
Powered by Blogger.