F Hairul Terkejut! Bekas Menteri Besar Kedah Komen Doa Buat Anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hairul Terkejut! Bekas Menteri Besar Kedah Komen Doa Buat Anak


Wah bukan main bertuahnya anak kepada pasangan bintang popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, sudahlah dapat pergi bercuti ke luar negara seawal usia bayi lagi, dapat pula berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Tun Siti Hasmah di London.

Bukan sahaja dapat berjumpa malah didukung oleh Tun Siti Hasmah. Bertuahnya Yusuf, ayah dan ibu Yusuf pasti lagi seronok kan? Untung bila dah besar nanti boleh tonton semula, sebab ayah dan ibu Yusuf sempat merakamkan memori indah itu.

Sementara itu, di laman akaun Instagram Hairul sebentar tadi ada memuat naik sekeping gambar komen Dato' Seri Paduka Mukhriz, anak kepada bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir turut singgah dan meninggalkan komen doa buat Yusuf.

"Semoga @theyusufiskandar dipanjangkan doa, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, cergas akal fikiran, bahagia dunia akhirat dan menjadi pemimpin yang hebat seantero dunia InsyaAllah," tulisnya.

" @mukhrizmahathir Ya Allah terima kasih sebab komen di akaun anak saya. Tun Mahathir family, family contoh untuk kami," balas komen Hairul.

Untuk info, rakaman video Tun Siti Hasmah mendukung Yusuf ketika artikel ini ditulis, rakaman itu telah pun ditonton hampir sebanyak 237 ribu orang.
Powered by Blogger.