F Hafiz Tak Sanggup 'Pisahkan' Isteri Dengan Keluarga Mertua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hafiz Tak Sanggup 'Pisahkan' Isteri Dengan Keluarga Mertua

Hampir lima bulan melayari kehidupan alam rumah tangga, penyanyi Hafiz Suip, 26, bersyukur kerana dia kini menjalani kehidupan cukup bahagia bersama isteri tercinta, Nureffy Jasreel Abdullah.

Penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak ini berkata, tanggungjawab sebagai suami menjadikan dia seorang yang lebih matang.  Seperkara lain, dia sekarang lebih peka dan tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.

"Alhamdulillah saya seronok dan bahagia. Tanggungjawab sebagai suami banyak mematangkan saya. Saya perlu lebih bijak membahagikan masa antara kerja dan keluarga. Kalau dulu, saya ni seorang yang agak emosi dan terburu-buru.

"Tapi sekarang, saya lebih peka, fokus dan yakin dalam membuat satu-satu keputusan,"katanya ketika ditemui pada sidang media program terbaharu Taste Selebriti, bertempat di Restoran Rebung, pada Selasa.

Menerusi program berkonsep food-traveller itu, Hafiz dipilih mewakili negeri kelahirannya, menerokai makanan tradisional dan unik serta tempat-tempat makan yang enak. Program tersebut bakal bersiaran mulai 26 September 2016, di saluran Astro Bella (133).

Dalam pada itu Hafiz memberitahu buat masa ini dia dan isterinya tinggal bersama keluarga mertuanya. Mamun begitu dia merancang mahu membawa Nureffy berpindah di rumah mereka sendiri dalam masa setahun lagi.

"Sekarang ni saya tinggal bersama keluarga mertua lagipun isteri saya nampaknya seperti belum bersedia tinggal berjauhan dengan keluarganya.

"Saya faham perasaan dia tambahan dia seorang yang manja dalam keluarganya. Saya pun dulu begitu juga, ketika awal-awal berjauhan dengan keluarga, ibu saya yang paling berasa sedih.

"Tapi saya merancang untuk membawanya tinggal di rumah kami sendiri, mungkin dalam masa setahun lagi," tuturnya.

Perkembangan lain, Hafiz juga kini dalam proses menyiapkan album terbaharunya yang akan memuatkan sebanyak tujuh buah lagu. Album ketiganya itu jangka akan dilancarkan dalam tahun ini.

"Saya sedang dalam proses menyiapkan album baharu. Akan ada tujuh lagu. Istimewanya tujuh lagu sebab sebagai simbolik, sudah tujuh tahun saya berada dalam industri selain saya lahir dari pentas AF7", katanya.
Powered by Blogger.