F Hafiz Hamidun Sambut & Buat Haji Seorang Diri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hafiz Hamidun Sambut & Buat Haji Seorang Diri


Pendakwah terkenal iaitu Hafiz Hamidun ketika ini sedang menjalani ibadah haji di Mekah, Arab Saudi.

Sedang kita di Malaysia bergembira menyambut Hari Raya Aidil Adha, pendakwah muda itu hanya berseorangan di negara orang. Di sebalik perkongsian momen indah, tercoret satu luahan sedih Hafiz;


"Sunyi jugak beraya sorang diri di Saudi. Tapi ia tak dapat menandingi kegembiraan tahun ni, buat haji bersama jemaah A.M Berkat, jemaah di Maktab 112, dan semua jemaah haji seluruh dunia," tulisnya.

Walaupun seorang diri di sana, Kakigosip percaya pastinya saat indah ini akan menjadi satu memori manis seumur hidupnya.


Alah, macam tak biasa pula Hafiz di sana, rasanya sudah macam rumah kedua kan? Lagi pun Kakigosip perasan Hafiz ada terjumpa dengan rakan artis lain di sana seperti Adi Putra dan paling best dapat berjumpa dengan Anakanda Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman
Powered by Blogger.