F Gosip Mia Ahmad Nikah Hujung Tahun; Keluarga Belum Bincang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gosip Mia Ahmad Nikah Hujung Tahun; Keluarga Belum Bincang


Terbaru menerusi keratan akhbar, pelakon popular iaitu Mia Ahmad dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, Mia Ahmad menjelaskan perkara itu hanyalah sekadar khabar angin yang sengaja digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Malah menurut Mia lagi, belum ada lagi pertemuan di antara kedua belah keluarga mereka bagi membincangkan soal tersebut.

Jelas Mia atau nama penuhnya Shamiha Ahmad Baderi, 28, buat masa ini dia bersama Mohd Izham Ahmad Tarmizi, lebih selesa hanya sebagai kawan sahaja dan mengakui Izham antara orang yang paling rapat dalam hidupnya buat masa ini.

Nampaknya peminat sudah tidak sabar lagi untuk merasa nasi minyak Mia Ahmad bersama lelaki penjaga gol skuad Johor Darul Takzim. Andai sampai masanya, jemputlah Kakigosip ya.
Powered by Blogger.