F Gelagat Anak Kim K Bergaya Dengan Tas Tangan RM4,000 Curi Tumpuan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gelagat Anak Kim K Bergaya Dengan Tas Tangan RM4,000 Curi Tumpuan

Kekayaan dimiliki pasangan selebriti, Kim Kardashian (Kim K) dan Kanye West sememangnya tidak perlu disangkal lagi.

Dianggarkan, Kardashian yang juga bintang realiti memiliki kekayaan bernilai RM350 juta, manakala West yang juga bintang hip hop pula mempunyai aset kira-kira RM597 juta.

Maka, tidak hairanlah sekiranya kemewahan dimiliki itu turut dirasai anak mereka, North West, yang baru berusia tiga tahun. Si kecil terbabit sudah pun dimanjakan dengan pelbagai barangan berharga.

Terbaharu, menerusi laporan Dailymail, kanak-kanak itu dilihat menggayakan tas tangan Louis Vuitton (LV) bernilai ASD1,000 (RM4,118) di sebuah lokasi di New York bersama ibunya.

"Si kecil itu seolah-olah tahu ada yang mengambil fotonya dan dia begitu yakin dengan gayanya mengenakan gaun baldu berwarna krim dan kasut Yeezy putih. Dia tampak lebih yakin dengan tas tangan LV yang digayakan itu," kata sumber.

Ia bukan kali pertama North atau panggilan manjanya, Nori, memakai barangan mewah. Sebelum ini, kanak-kanak itu pernah menggayakan kasut Dr Marten selain tas tangan YSL, Fendi dan banyak lagi.
Powered by Blogger.