F Gaun Ketat Marilyn Monroe Bakal Dilelong, Harga Cecah RM12.7juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gaun Ketat Marilyn Monroe Bakal Dilelong, Harga Cecah RM12.7juta

Gaun ketat ditaburi manik sewarna dengan kulit yang dipakai simbol seks Marilyn Monroe ketika menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada Presiden John F Kennedy akan dilelong pada musim luruh ini.

Julien's Auctions menawarkan gaun itu pada majlis yang akan diadakan di Los Angeles pada 17 November ini dan dipercayai boleh mencecah AS$2 juta hingga AS$3 juta (RM8.12 juta hingga RM12.17 juta).

Aktres penggoda itu memakai baju yang terbuka luas di bahagian belakang badannya pada sambutan hari jadi Kennedy ke-45 di Madison Square Garden pada 19 Mei 1962. Dihasilkan daripada sutera kain kasa dan diserikan dengan ribuan permata palsu dan manik.

Pelakon itu meninggal dunia tidak sampai tiga bulan kemudian kerana pengambilan ubat tidur berlebihan pada usia 36 tahun. Kennedy meninggal dunia pada tahun berikutnya.

Dihasilkan khas dan cuma satu-satunya yang ada, gaun itu 'bukan sekadar politik tetapi juga politik dan sejarah', kata Presiden Julien's Auction, Darren Julien.

Gaun itu dibeli kali pertama 17 tahun lalu pada majlis lelongan Christie's oleh mendiang pakar kewangan Martin Zweig, yang menyimpannya di penthouse di Hotel Pierre di New York.

Ia dijual kali terakhir pada majlis lelongan 1999 pada harga AS$1.26 juta (RM5.11 juta), harga tertinggi sehingga kini.
Powered by Blogger.