F Gara-gara Salah Ejaan, 'Running Man' Terpalit Isu Kematian Presiden Korea | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gara-gara Salah Ejaan, 'Running Man' Terpalit Isu Kematian Presiden Korea

Program realiti popular Korea Selatan, Running Man, baru-baru ini menjadi bualan ramai hangat sekaligus dikaitkan dengan kontroversi 'IlBe'.

Memetik lapotan AllKpop, 'Ilbe' merupakan istilah yang cukup popular dikalangan sesetengah pihak yang mana perkataan itu membawa maksud mengenai kebebasan berbicara dan hak asasi sehingga mencetuskan kontroversi atau trend.

Salah satu trend tersebut termasuklah mengekspresikan kebencian terhadap bekas Presiden Korea, Roh Moo Hyun, sekaligus mengecam beliau kerana membunuh diri.

Baru-baru ini dalam satu aktiviti permainan program terbitan stesen SBS itu, salah seorang hos iaitu Gary dilantik sebagai penjaga gol. Sementelah Kim Jong Kook menggelarkan Gary sebagai 'Gae Woon Jae' (seakan-akan sama nama dengan seorang penjaga terkenal, Lee Woon Jae)

Namun, ketika episod itu disiarkan, pihak produksi telah tersalah ejaan nama Gae Woon Jae menjadi Gae Woon Ji. "Woon Ji" membawa maksud "IlBe" yang juga ia digunakan untuk mengecam kematian Presiden Roh.

Ini bukan kali pertama pihak SBS menggunakan perkataan "IlBe". Pada tahun 2013, istilah ‘IlBe’ pernah digunapakai dalam beberapa program seperti Sports News, 8 O’ Clock News, Capture the Moment How is that Possible, Late Night TV Entertainment, dan banyak lagi.

Selain Gary dan Jong Kook, hos Running Man terdiri daripada Yoo Jae-Suk, Haha, Ji Suk Jin, Lee Kwang-soo dan Song Ji-Hyo.
Powered by Blogger.