F Gara-gara berpayung, bercermin mata hitam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gara-gara berpayung, bercermin mata hitam

Dek kerana penampilannya berpayung serta berkaca mata hitam ketika menemuramah seorang sukarelawan, seorang wartawan televisyen di China digantung tugas.

Gelagat wartawan yang tidak dinamakan itu dirakam ketika menemu bual di bandar Xiamen selepas kejadian Taufan Meranti.

Penampilan  wartawan itu berbeza sama sekali dengan sukarelawan ditemuramahnya yang pada ketika itu membantu membersihkan bandar selepas ribut taufan.

Imej tersebut menjadi viral di laman sosial di China dan netizen menganggap penampilan wartawan wanita itu sebagai tidak profesional.

Sementara itu, Stesen TV Xiamen berkata dalam satu kenyataan, salah seorang wartawan mereka tidak mematuhi peraturan dan gagal mengendalikan temubual dengan baik.

"Ia merosakan imej dan memberikan kesan negatif kepada orang ramai," petik BBC

Bagaimanapun, penggantungan tugas terhadap wartawan wanita itu mengudang pedebatan dalam kalangan netizen.

Ada netizen bersetuju dengan tindakan penggantungan itu malah ada juga berpendapat sebaliknya.

Salah seorang netizen berkata. "Jika anda tahu bagaimana sukar untuk menjadi seorang wartawan, anda tidak akan peduli dengan penampilannya."

Namun, ada yang beranggapan penampilan wartawan itu menunjukkan dia kekurangan adab dan gagal menunjukkan rasa hormat kepada orang ramai yang ditemu bualnya.
Powered by Blogger.