F Gadis Maghribi Tawan Hati Idris Khan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gadis Maghribi Tawan Hati Idris Khan

Pelakon Idris Khan mengakui dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama seorang gadis Maghribi yang dikenali sebagai Sanaa Jaffer sejak tujuh bulan lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Idris berkata, buat masa sekarang dia dan kekasihnya itu masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan belum memikirkan soal berumah tangga.

"Apa saya boleh katakan perhubungan kami masih di peringkat awal. Jika semuanya berjalan lancar baru kami boleh ke fasa lebih serius.

"Saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini apatah lagi dia pun baru menamatkan pengajiannya di sini. Kalau boleh biar dia bekerja dahulu. Apa pun saya mengikut saja aturan yang ditetapkan. Saya lebih suka berterus-terang.

"Kalau ada yang bertanya saya sedia berkongsi, begitu juga sebaliknya. Bukan apa, kalau saya berahsia pun perkara ini akan diketahui juga.

"Cuma saya tidak terlalu mendedahkannya kepada umum. Malah di laman Instagram pun tidak banyak gambar kami bersama. Mungkin sebab itu banyak yang tak perasan," katanya.

Gadis berusia 25 tahun itu khabarnya beragama Islam, malah hubungan cinta diantara mereka juga turut diketahui oleh kedua belah keluarga.
Powered by Blogger.