F G-Dragon Izinkan Peminat Sentuh Wajahnya Ketika Konsert | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

G-Dragon Izinkan Peminat Sentuh Wajahnya Ketika Konsert

PEMINAT G-Dragon membuka sebuah forum hanya untuk membincangkan mengenai kebaikan penyanyi kumpulan Big Bang itu dalam sebuah konsert baru-baru ini.

Soompi melaporkan peminat terharu dengan tindakan G-Dragon yang membenarkan peminat menyentuh wajahnya ketika mengadakan konsert.

Kata mereka, ia bukan sahaja tentang sentuhan fizikal di antara penyanyi dan peminat sebaliknya ia membuktikan G-Dragon menghargai peminatnya.

"Dia memecahkan jurang yang wujud di antara artis dan peminat dengan membenarkan wajahnya disentuh.

G-Dragon membiarkan peminat menyentuh wajahnya.

"Ia membuatkan kami berasa lebih dekat dengannya," kata salah seorang peminat penyanyi itu.

Bagaimanapun, tindakan G-Dragon itu turut membawa padah apabila dia mengalami lebam dan luka pada wajah dan badannya akibat disentuh peminat.

"Mungkin dia mengalami luka tetapi ia tidak pernah menghentikan G-Dragon daripada terus mendekati peminatnya," kata sumber penyanyi itu.
Powered by Blogger.