F FFM28: Ola Bola Raih 3 Anugerah Kategori Teknikal | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

FFM28: Ola Bola Raih 3 Anugerah Kategori Teknikal

Filem Ola Bola meraih tiga trofi kategori teknikal pada malam pelancaran Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), pada Khamis.

Filem arahan Chiu Keng Guan yang mencatat kutipan RM15.85 juta itu membawa pulang trofi Pereka Kostum/Busana Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Lagu Asal Tema Terbaik menerusi gandingan Zee Awi bersama Rendra Zawawi.

Kemenangan itu memberi petanda filem berkisar dunia bola sepak tempatan itu berpotensi besar mengetepikan calon lain pada malam kemuncak FFM28, lusa.

Setakat ini, filem terbitan Astro Shaw itu menguasai jumlah pencalonan tertinggi FFM28 dengan 14 kategori termasuk kategori utama iaitu Filem Terbaik Malaysia bersaing dengan sembilan karya lain.

Sementara itu, Shamsul Yusof tidak pulang dengan tangan kosong apabila filem arahan dan lakonannya, Munafik memenangi kategori Penataan Bunyi Terbaik.

Turut diumumkan, filem animasi terbitan Wau Animation iaitu Ejen Ali yang memenangi kategori Filem Animasi Pendek Terbaik.

Kemuncak acara pengiktirafan karyawan filem yang mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) itu bakal diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pada jam 9 malam, lusa.

Berikut Senarai Pemenang Kategori Teknikal FFM28:

Pereka Kostum/Busana Terbaik: Ola Bola (Elaine Ng dan Weng Shum)

Kesan Visual Khas Terbaik : Cicakman 3 (Yusry Abdul Halim)

Penataan Seni Terbaik : Huat The Fish (Wong Jee Meng & Nick Wong)

Penataan Bunyi Terbaik : Munafik (Imaginex Studios Sdn Bhd)

Skor Muzik Asal Terbaik : Ola Bola (Onn San dan Alex San)

Lagu Tema Asal Terbaik Ola Bola: Arena Cahaya (Zee Avi & Rendra Zawawi)

Filem Animasi Pendek Terbaik : Ejen Ali (Wau Animation)

Filem Pendek Terbaik: RM10 (Entrophy Studios Sdn Bhd)

Filem Dokumentari Terbaik : Boat People (Dos Fellas Sdn Bhd)

Anugerah Penggiat Belakang Tabir : Mohd Noor Tagaya
Powered by Blogger.