F Fara Fauzana Rancang Tunai Haji Tahun Depan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fara Fauzana Rancang Tunai Haji Tahun Depan

Tanggal 17 September lalu, sepatutnya merupakan detik yang dinantikan Fara Fauzana apabila dia dijadual mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan, Mohamed Hafiz Badiuzzaman.

Namun hasrat pengacara popular itu tidak kesampaian apabila majlis tersebut dibatalkan seperti diumumkan Fara Fauzana atas sebab peribadi baru-baru ini.

“Ikut tarikh, ikut hati, sudah tiba masanya, tapi setiap apa yang kita rancang hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.” Itu luahan Fara Fauzana di laman Instagramnya dan beliau turut memuat naik sekeping gambar sijil kursus haji.

Melalui laman sosialnya, bekas penyampai radio itu, turut meminta peminat mendoakan agar dia dapat mengerjakan ibadah haji pada tahun hadapan.

“Doakan supaya Allah izinkan Farah untuk menjadi tetamu di tahun hadapan supaya melengkapi rukun Islam.

“Ramai yang berkata, ramai yang bertanya tapi siapalah saya untuk menahan semua, cuma mohon jangan salahkan sesiapa kerana percaya setiap kata itu juga doa terbaik, bukan sahaja untuk saya tetapi untuk semua,” tulisnya.

Terdahulu, 1 Ogos lalu, Fara Fauzana mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama lelaki yang dikenali sejak dua tahun yang lalu, malah majlis merisik telah diadakan di kediamannya Februari lepas.

Namun, pada 4 September, dia memberitahu, perkahwinan itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab peribadi setelah memikirkan perkara itu dengan sedalam-dalamnya.
Powered by Blogger.