F Enggan Disangka Budak-Budak, Raja Afiq Gemukkan Badan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Enggan Disangka Budak-Budak, Raja Afiq Gemukkan Badan

Pelakon yang semakin meningkat naik, Raja Afiq, 22, mengakui beliau kini dalam usaha untuk tampil dengan imej badan yang berisi kerana mahu mengikis penampilannya yang disangka masih budak-budak oleh segelintir pihak.

Jelas hero drama Sayangku Kapten Muhkriz ini, selain giat melakukan senaman di gimnasium, dia juga mengamalkan makan dengan kerap sehingga mencapai target mendapat tubuh dan berat yang diingini.

"Saya nak tambah berat badan dan biar nampak berisi sikit sebab kalau kurus, ramai yang sangka saya budak-budak. Kalau kerap sangat orang kata macam tu, tawaran berlakon pun mungkin sukar untuk saya.

"Selain ke gym, saya sudah tukar cara makan saya misalnya kalau sebelum ini saya makan dua kali sehari. Sekarang saya amalkan makan tiga kali sehari dan dengan hidangan lebih banyak," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun, Afiq berkata, dia bukan lah mahu kekal dengan imej bertubuh sasa.

"Pada saya, untuk memastikan kekal dalam industri tidak semestinya kita perlu berbadan sasa atau "sado". Tapi apa yang penting adalah kualiti lakonan seseorang pelakon itu sendiri," tutur teman lelaki pelakon dan penyanyi, Anis Al- Idrus ini lagi.

Dalam pada itu, Afiq berkata ramai peminat yang masih memanggilnya dengan panggilan ustaz ekoran watak lakonannya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz yang telah pun tamat tayanganya di TV3, beberapa bulan lalu.

"Sampai sekarang ramai yang panggil saya ustaz malah ada juga yang tidak tahu pun nama sebenar saya dan mereka lebih suka panggil dengan panggilan itu. Tapi tidak mengapa kerana itu hak masing-masing dan saya menghargai sokongan peminat," tuturnya

Perkembangan lain, Afiq kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Tangisan Cinta Aminah bergandingan dengan aktres popular, Tiz Zaqyah.
Powered by Blogger.