F Elizabeth Tan Mahu Berguru Dengan Kak Ogy Tapi Takut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Elizabeth Tan Mahu Berguru Dengan Kak Ogy Tapi Takut


Tak sangka penyanyi Elizabeth Tan memberitahu bahawa selain daripada menyanyi dia juga kini mahu serius berlakon.

"Ya, saya serius mahu berlakon sebab sebenarnya saya juga minat untuk bergelar pelakon. Memang ada yang cakap menyanyi lebih mudah dan boleh dapat banyak duit berbanding berlakon tapi saya okay sahaja sebab saya begitu berminat untuk berlakon.

"Oleh itu saya tidak kisah tentang bayaran dan jika terpaksa menunggu lama di set. Saya okay," jelasnya.

Disebabkan minat yang terlalu mendalam membuatkan si cantik manis ini tidak malu untuk menghadiri uji bakat biar pun dia tahu bahawa sebenarnya dia punya nama yang agak berpengaruh dalam industri seni.

Jarang artis ada nama besar telefon sendiri minta diuji bakat.

"Saya tak kisah untuk telefon pihak produksi sendiri dan minta untuk diuji bakat. Ya ramai yang terkejut dan tak percaya sebab mereka tak sangka yang saya berminat untuk berlakon. Sememangnya saya minat untuk berlakon. Lebih suka watak psiko," jelasnya lagi.

Namun selain daripada minat kena tambah dengan ilmu lakonan, baru hebat. Jadi bagi memantapkan lakonannya, Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy mahu belajar dengan dua insan seni yang sangat dihormatinya.

"Buat masa ini saya teringin nak belajar dengan Cikgu Fatimah atau Kak Ogy, tapi belum tanya lagi. Kalau dapat belajar dengan Kak Ogy, mahu tapi takutlah juga," ujarnya sambil berseloroh apabila diusik tentang 'ketegasan' pelakon terbaik tersebut.

Biasalah Kak Ogy memang nampak tegas, siapa tak kenal dia boleh menangis dibuatnya.   Tapi dia pun baik dan ilmu banyak seperti Cikgu Fatimah. Pendek kata kedua-duanya sama hebat dan ada cara masing-masing.

Elizabeth ditemui ketika Kakigosip menghadiri majlis pelancaran klip video single terbarunya yang berjudul 'Tabah'. Menariknya lagu ini ditulis oleh Elizabeth sendiri bersama Audi Mok dan Shazee Ishak.

Selain itu, Elizabeth juga kini dalam proses untuk melebarkan sayapnya memasuki pasaran Indonesia.

Hebat dan tahniah Lizzy!
Powered by Blogger.