F Elfira Loy & Randy Pangalila Kembali Bersama Selepas 3 Tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Elfira Loy & Randy Pangalila Kembali Bersama Selepas 3 Tahun


Pelakon Elfira Loy atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri, 22, memberitahu bahawa dia bakal muncul untuk sebuah telemovie terbaru yang menyaksikan selebriti ini kembali digandingkan dengan pasangan serasinya, Randy Pangalila.

Ditanya lebih lanjut mengenai telefilem yang bakal bersiaran di saluran Astro itu, Elfira mengakui dia rasa teruja untuk kembali beraksi bersama aktor dari Indonesia itu di dalam naskhah drama kerana kali terakhir mereka digandingkan bersama adalah lebih tiga tahun lalu menerusi drama berjudul Dalam Hati Ada Taman yang turut menampilkan Amy Mastura dan Didie Alias.

Berkongsi mengenai perkhabaran tersebut, Elfira yang kini muncul dalam siri travelog, Extreme Roadtrip di saluran Astro Bella akui rasa teruja untuk bekerjasama dengan aktor kacak berkenaan.

"Saya teruja kerana kami sudah lama tidak bergandingan sama dalam drama. Seronok berlakon dengannya kerana kami punyai keserasian jadi ia memudahkan perjalanan penggambaran secara keseluruhan.

"Cuma dengan penampilan yang berhijab kini pasti akan ada batas dalam lakonan kami. Terdahulu, kami pernah berjumpa dan dia sendiri tahu akan keterbatasan kami dalam bergaul dan saya rasa selesa untuk berlakon dengannya lagi.

"Apa pun saya mengharapkan yang terbaik dan semoga drama ini nanti juga akan meletup seperti mana dua drama yang pernah kami lakonkan sebelum ini. Kami sudah pun ke set penggambaran drama tersebut bermula 1 Oktober, " akhiri Elfira.
Powered by Blogger.