F Duit Sendiri Bukan Ditaja VVIP | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Duit Sendiri Bukan Ditaja VVIP

Raja Ilya enggan mengambil pusing mengenai dakwaan kononnya beliau ditaja pihak kenamaan sehingga mampu membuka kedai kopi premium.

Memetik laporan BH online, pelakon yang wajahnya persis bintang Bollywood ini berkata, tidak timbul isu berkenaan kerana perniagaan itu adalah hasil perkongsian dengan rakan niaga, bukannya oleh dirinya sendiri.

"Kalau betul saya ditaja, baik saya buka di tengah-tengah ibu kota dan saya juga tidak memerlukan rakan kongsi," katanya.

Jelas Raja Ilya, beliau sendiri mengeluarkan modal mencecah ratusan ribu ringgit hasil titik peluhnya dalam bidang seni.

"Saya menyimpan duit kerana saya memang memasang impian untuk membuka perniagaan dan sanggup korbankan perkara lain. Saya tidak bermewah membeli tas tangan berjenama, sebaliknya saya simpan wang dan syukurlah akhirnya impian termakbul," katanya.

Kedai kopi yang diberi nama Richiamo Coffee by Raja Ilya itu telah pun beroperasi di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kopi yang dijual menawarkan harga tidak melebihi RM10, termasuk beberapa hidangan lain yang ditawarkan bersesuaian dengan pelanggan utamanya daripada kalangan penuntut.

Mengenai perkembangan seni, Raja Ilya kini sedang menjalani penggambaran filem KL Vampire.
Powered by Blogger.