F Drama Lakonan Lay (EXO) Cecah 10 Bilion Tontonan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Drama Lakonan Lay (EXO) Cecah 10 Bilion Tontonan

DRAMA lakonan anggota kumpulan EXO iaitu Lay berjudul Old Nine Gates dilaporkan mencatatkan tontonan sebanyak 10 bilion di menerusi platform iQiyi yang popular di China.

Allkpop melaporkan drama berbahasa Mandarin itu mula ditayangkan sejak Julai lalu dan ia mendapat perhatian luar biasa daripada penonton bukan sahaja di China tetapi Korea dan Jepun.

"Setakat ini drama berkenaan telah pun ditonton sebanyak 10 bilion sejak ia dimuat naik di iQiyi.

"Sambutan luar biasa itu cukup mengejutkan," kata wakil syarikat pengurusannya, SM Entertainment dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sebelum ini, drama lakonan Lay berjudul To Be A Better Man turut berjaya mendapat tontonan lebih 10 bilion.

Bagaimanapun ketika itu dia hanya muncul sebagai penampilan istimewa sahaja.
Powered by Blogger.