F Dira, Helmi Masih Kunci Mulut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dira, Helmi Masih Kunci Mulut


Meskipun ramai yang masih tertanya-tanya mengenai khabar pelakon Dira Abu Zahar sudah bercerai dengan suaminya yang juga pengarah filem Helmi Yusof awal Ramadan lalu, namun sehingga kini kedua-duanya masih terus mengunci mulut.

Memetik laporan Harian Metro, Dira enggan mengulas mengenai perkara itu, sebaliknya lebih selesa berdiam diri.

€œ"Saya tak mahu komen dan saya tak akan bercakap apa-apa mengenai perkara itu walaupun ramai yang nak tahu, katanya

Sementara Helmi juga berpendirian sama dengan Dira.

Laporan menyebut, Helmi mengatakan dia kini sibuk dengan penggambaran drama dan enggan mengulas mengenai hal itu.

€œ"Kalau nak tahu cerita perceraian itu, saya tak mahu komen. Saya sibuk sekarang, hubungi saya semula," €katanya.

Kali pertama gosip perceraian mereka mula diperkatakan Julai lalu, namun mereka menafikannya.

Dalam masa sama, Dira mengakui dia kecewa apabila perkara sebegini lebih menarik perhatian berbanding kerjayanya sebagai pelakon dan pengarah.

Difahamkan, kemelut rumah tangga pasangan ini dikatakan berpunca daripada penajaan sebuah filem yang menjalani penggambaran di Thailand.

Dira dan Helmi berkahwin pada 11 November 2011 di Merlimau, Melaka tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Powered by Blogger.