F Dendam dua beradik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dendam dua beradik

SEMENJAK dihasilkan pada 1880, novel Ben-Hur: A Tale Of Christ karya Lew Wallace telah lima kali diadaptasi.

Dua kali menerusi filem bisu pada 1907 dan 1925, diikuti pada 1959, yang menyaksikan filem tersebut memenangi Anugerah Akademi dan terakhir pada tahun 2003 menerusi sebuah filem animasi berjudul sama.

Selepas 13 tahun, ia sekali lagi melalui proses adaptasi dan turut diinspirasikan daripada adaptasi filem tahun 1959 yang diarahkan oleh William Wyler dan dijayakan pelakon hebat ketika itu seperti Charlton Heston, Jack Hawkins, Haya Harareet, Stephen Boyd, Hugh Griffith dan ramai lagi.

Kali ini ia diarahkan oleh Timur Bekmambetov dan dijayakan pelakon seperti Jack Huston, Toby Kebbell, Morgan Freeman, Rodrigo Santoro, Nazanin Boniadi, Ayelet Zurer, dan Sofia Black D’Elia.

Menggunakan judul Ben-Hur, filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Judah Ben-Hur yang difitnah oleh adik angkatnya, Messala.

Disebabkan tuduhan tersebut, Ben-Hur terpaksa berpisah daripada keluarga dan isterinya serta menjadi hamba abdi Rom.

Ben-Hur bekerja di atas sebuah kapal dan suatu hari dia terselamat selepas terdampar di sebuah pulau setelah kapal yang dinaikinya karam.

Di pulau berkenaan, dia bertemu dengan Ilderim yang sanggup membantu Ben-Hur untuk kembali ke tempat asal dan membersihkan namanya.

Namun, untuk membersihkan namanya, Ben-Hur perlu bertarung dengan Messala dalam satu perlawanan.

Secara keseluruhannya, filem ini membawa mesej yang berguna untuk diteladani bersama iaitu hubungan kekeluargaan.

Filem ini berjaya menunjukkan kesan terhadap sifat tamak dan gila kuasa yang boleh membuatkan kita jatuh dan menyesal kemudian hari.

Dalam masa sama, ia juga menunjukkan akibat daripada rasa dendam yang tidak berkesudahan. Mesej-mesej yang diselitkan memberikan banyak impak di dalam filem ini.

Walaupun terdapat beberapa kelemahan, ia tidaklah terlalu teruk sehingga mengganggu perjalanan cerita ini.


Powered by Blogger.