F Datuk Aliff Syukri Jadi Pelakon Iklan Samsung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Datuk Aliff Syukri Jadi Pelakon Iklan Samsung


Vassnya Datuk Aliff Syukri ni, walaupun sibuk menguruskan perniagaan sendiri namun ada masa untuk jadi pelakon iklan. Jangan terkejut bukan iklan sendiri tapi dilamar oleh syarikat jenama Samsung.

Meskipun ada juga segelintir yang mengata Aliff Syukri gila glamor, sebab menjadikan diri sendiri sebagai penghias muka produknya termasuklah dalam iklan, sekarang lihat saja rezekinya.

"Lelaki dan telefon samsung.

"Biasanya saya hanya jadi model dan duta untuk produk sendiri.
Alhamdulillah pertama kali saya berlakon iklan TVC untuk syarikat dunia gergasi SAMSUNG.

"Tak sangka ya ada juga syarikat dunia yang minat saya walaupun banyak orang cakap saya gila glamour kan sebab asyik nak berlakon iklan sendiri je, akhirnya  ada juga iklan yang bukan dari saya sendiri. #samsungnote7 #samsungnote #samsung," tulisnya menerusi akaun Facebook.

Bukan sekadar populariti naik, malah pendaptan bertambah masyuklah kan? Bertuah badan.

Tahniah Kakigosip ucapkan kepada Datuk Aliff Syukri.
Powered by Blogger.