F Dapat Restu Anak-anak, Saida Bakal Nikahi Teman Lelaki | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Dapat Restu Anak-anak, Saida Bakal Nikahi Teman Lelaki

Selepas lima tahun menjanda, penyanyi yang juga kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza iaitu Saida Tarudin mengesahkan bakal berkahwin dengan lelaki yang dikenali sebagai Apit, hujung tahun ini.

Laporan Harian Metro menyebut, Saida, 40, bagaimanapun bersedia berkongsi tarikh majlis pernikahannya itu.

"Betul, saya akan berkahwin tidak lama lagi cuma belum boleh maklumkan tarikh. Jika sudah ada kepastian, saya akan kongsi dengan semua.

"Bagi saya perkara baik sebegini tidak salah diuar-uarkan. Jadi doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga berharap segala yang dirancang berjalan lancar," katanya.

Menurut Saida, perhubungan yang terjalin hampir empat tahun itu pernah putus tiga bulan. Namun, kesungguhan yang ditunjukkan jejaka berkenaan membuatkan cinta mereka kembali bertaut seterusnya terbuka hati untuk berkahwin.

Dalam pada itu Saida mengakui, anak-anaknya agak sukar menerima bakal suaminya itu, bagaimanapun selepas beberapa lama mereka akhirnya memberi restu.

Hasil perkahwinan selama 15 tahun dengan bekas suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri, mereka dikurnikana empat cahaya mata, Siti Nuruunnyssa, 19, Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10.
InstaForex
Powered by Blogger.