F Dakwa pegawai Imigresen beri layanan buruk | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dakwa pegawai Imigresen beri layanan buruk

Seorang wanita menggunakan nama Facebook, Gillian Benjamin mendakwa ibunya yang juga seorang OKU dan bapanya telah menerima layanan buruk oleh seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

Meluahkan perasaan di Facebooknya, Gillian berkata, pegawai wanita tersebut menjerit kepada ibu dan bapanya sedangkan jarak mereka begitu hampir.

“Dia jerit ‘helo!Pergi kaunter 31! Eh! Helo! Kaunter 31! 31!’. Jarak dia dengan kami dekat sahaja sebab kami depan kaunter. Kenapa perlu jerit pada ibu bapa saya?,” katanya.

Dakwanya lagi, mereka bertindak pergi ke kaunter pegawai wanita tersebut dan memintanya memberikan layanan yang sopan.

“Tapi dia jerit pada saya dan Qhal (seorang lagi individu bersamanya), ‘saya tak cakap dengan kamu. Saya cakap dengan mereka. Kamu kenapa? Sesat ke? Kamu orang apa?’.

“Qhal jawab ‘saya orang Malaysia’ dan dia juga beritahu pegawai itu dua orang yang kena jerit itu ibu bapa kami.

“Pegawai itu jawab, ‘mana saya tahu. Saya ingat orang Cina. Dia (merujuk kepada Gillian) pun pakai macam itu, mana saya tahu!’,” katanya.

Berang dengan kenyataan pegawai itu, Gillian berkata, “apa kaitan Cina dengan cara dia layan kami? Apa kaitan Cina dengan cara saya berpakaian? Apa kaitan Cina dengan tindakan kamu menjerit kepada OKU dan warga emas? Kamu rasis ke?.”

Status itu menarik perhatian pelayar di Facebook apabila ia dikongsi hampir 1,000 kali.
Powered by Blogger.