F Chris Brown Dilarang Masuk Jepun Akibat Ugutan Jenayah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Chris Brown Dilarang Masuk Jepun Akibat Ugutan Jenayah

PENYANYI Beautiful People iaitu Chris Brown yang sepatutnya mengadakan dua persemabhan di Tokyo, Jepun minggu depan dilaporkan dilarang memasuki negara itu berikutan ancaman jenayah yang dilakukannya.

Pegawai konsulat Jepun memberitahu TMZ, negara itu mengamalkan ‘kurang tolarensi’ untuk menerima tetamu yang mempunyai latar belakang jenayah atau sedang disiasat.

Chris Brown, 27,  dikatakan telah mengacukan pistol terhasdap seorang wanita di rumahnya selepas mereka bertekak mengenai barang kemas.

Dalam pada itu pihak yang menjual tiket persemnbahan berkenaan mengesahkan konsert penyanyi itu ditunda dengan alasan masalah visa selain menasihati peminat agar mendapatkan semula wang jika sudah membeli tiket.

Penyanyi itu pula menegaskan dia tidak bersalah dan tuduhan yang dibuat oleh individu bernama Baylee Curran itu adalah tidak berasas.

Peguam Chris iaitu Mark Geragos pula berkata, semasa pihak polis datang memeriksa rumah penyanyi itu, tiada penemuan barang kemas yang sepadan dengan keterangan Baylee ataupun senjata api seperti didakwa.
Powered by Blogger.