F Bukan Isu Peribadi, Tapi Saya Tidak Dijemput - Mia Ahmad | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bukan Isu Peribadi, Tapi Saya Tidak Dijemput - Mia Ahmad

Pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan, Mia Ahmad, menjelaskan ketiadaannya di majlis perkahwinan Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir, minggu lalu, bukan kerana isu peribadi seperti disebarkan pihak tertentu. Sebaliknya, dia tidak mendapat jemputan majlis tersebut.

Memetik laporan BH online, Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 28, dia perlu bersuara menjelaskan keadaan sebenar supaya nanti isu berkenaan tidak dipanjangkan yang dibimbangi boleh menimbulkan salah faham terhadap mana-mana pihak.

"Saya tidak mahu orang lain fikir bukan-bukan. Sampai ada antara komen (dalam laman sosial) yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki saja. Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir?

"Inilah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan sinis netizen yang bertanya kenapa saya tidak pergi ke majlis kahwinnya. Kemudian timbul pula perbandingan mengapa pelakon lain ada, saya tiada.

"Siap mendakwa kalau sudah kata kawan baik mengapa kenapa tidak hadiri majlis itu. Komen lain pula berbunyi, kata profesional, kenapa mengelak? Mulalah 'naik' pula nama Mira Filzah yang tidak pernah berlakon dengan Saharul pun nampak kelibat," katanya

Terdahulu, Mia yang turut dilantik sebagai duta portal Tonton bersama Saharul pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktor terbabit ketika mereka digandingkan menerusi drama bersiri Hati Perempuan, tahun lalu.

Hubungan yang kononnya disifatkan sebagai cinta lokasi bagaimanapun dinafikan kedua-dua pihak selain masing-masing memaklumkan mereka sekadar bersahabat baik.

Malah ketika muncul perkhabaran Saharul bakal berkahwin dengan gadis pilihannya, cerita Mia akrab dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi lebih dulu bertebaran.

Enggan memanjangkan isu, kata Mia buat masa ini tumpuannya lebih kepada perniagaan yang menjurus kepada minyak wangi di bawah jenamanya sendiri, Sweetness by Mia Ahmad serta maskara KOHL Lashes by Mia Ahmad.

Selain itu dia bakal menjalani penggambaran drama bersiri, Jejak Karmila arahan Murali Abdullah terbitan Zeel Production bagi slot Zehra TV3.
Powered by Blogger.