F Bukan Hipokrit, Tak Layan Komen Negatif - Tiz Zaqyah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bukan Hipokrit, Tak Layan Komen Negatif - Tiz Zaqyah

Aktres Tiz Zaqyah, 28, enggan mengambil peduli mengenai pandangan negatif segelintir masyarakat terhadap gambar-gambarnya yang dikatakan seksi yang dimuat naik di Instagram.

Memetik laporan Harian Metro, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak berkata, apa yang dipaparkan itu adalah dirinya yang sebenar dan dia bukan seorang yang hipokrit.

"Sejak dulu lagi saya memang suka berkongsi apa saja gambar aktiviti harian serta karier di Instagram. Ada di antara gambar itu mungkin nampak keterlaluan pada pandangan orang lain tetapi ia perkara biasa bagi saya.

"Saya bukan melakukan aktiviti yang salah dan mereka yang berada dalam gambar-gambar itu adalah rakan-rakan saya. Ibu bapa saya juga mengenali mereka dan tahu aktiviti yang kami lakukan," katanya.

Menerusi Instagram miliknya, Tiz sering memuat naik gambar aktiviti santainya bersama rakan-rakan selain turut memuat naik gambarnya yang berpakaian agak seksi.
Powered by Blogger.