Berita Terkini
recent

Britney Spears Bakal Lancar Aplikasi Media Sosial Sendiri

PENYANYI Britney Spears bakal melancarkan aplikasi media sosial sendiri bagi memudahkan dia berinterksi bersama peminat-peminatnya.

Ketika ditemu bual iHeartRadion, Britney berkata, idea tersebut muncul kerana dia tidak mempunyai banyak masa terluang untuk berinteraksi bersama peminat-peminatnya.

"Aplikasi itu bakal dilancar secara rasmi  dimana mereka boleh berbula dengan lebih dekat dan mereka juga berkongsi gambar-gambar menarik mereka.

"Ia sangat menyenangkan dan saya selesa berbual di aplikasi tersebut," ujarnya.

Penyanyi lagu Toxic ini berkata, bukan sekadar berinteraksi, banyak lagi perkara yang membuatkan perbualan dengan peminat-peminatnya menjadi menarik.
Powered by Blogger.