F Brad Pitt anggap Angelina reka cerita | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Brad Pitt anggap Angelina reka cerita

DIKHABARKAN Brad Pitt tidak senang dengan tindakan Angelina Jolie, yang menjadikan dirinya sebagai orang bersalah dalam kes penceraian mereka.

Memetik laporan DailyMail, selain tindakan itu memalukannya, tindakan Jolie itu juga akan menyebabkan situasi anak-anak mereka dalam bahaya.

Brad Pitt sebenarnya mahukan proses penceraian mereka dilakukan secara diam-diam.

"Pitt marah kepada Angelina kerana menurutnya bekas isterinya itu mereka-reka cerita," petik laporan DailyMail.

Terdahulu dalam satu kenyataan Angelina mendakwa punca penceraian mereka adalah kerana daripada sikap Pitt yang gemar meminum arak dan mengambil dadah.

Dalam pada itu, Pitt juga beranggapan tindakan Angelina yang menghebahkan penceraian mereka kepada umum akan menyebabkan anak-anak mereka berada dalam keadaan bahaya.

Pitt dilaporkan menganggap Angelina Jolie 'membuka pintu neraka' kerana dia menjadikan seluruh anggota keluarganya sasaran paparazi.

Ketika ini, rumah bekas pasangan ini di Los Angeles telah diserbu paparazi sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa mengawal keadaan.
Powered by Blogger.