F Blues Gang Dapat Pengiktirafan Malaysia Book of Records | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Blues Gang Dapat Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Kumpulan muzik legenda yang terkenal pada era 1970-an dan 1980-an, Blues Gang berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai band irama blues yang paling tua di Malaysia.

Kumpulan tersebut yang kini sudah lebih 40 tahun terlibat dalam industri hiburan, namun masih dikenali menerusi lagu-lagu blues mereka seperti Apo Nak Di Kato dan Mama Saya Mahu Kahwin.

Turut mendapat pengiktirafan MBOR ialah kumpulan The Strollers yang disenaraikan First Malaysian Pop Band atau band pop pertama Malaysia.

Sijil pencapaian tersebut disampaikan wakil MBOR kepada anggota kedua-dua kumpulan itu selepas selesai konsert Return of The Legends di Istana Budaya (IB), kelmarin.

Penganjur konsert, Datuk Seri Mohd Nasser Ismail berkata, pengiktirafan itu diberikan berdasarkan kelayakan kedua-dua kumpulan muzik ‘otai’ negara yang pernah menjadi perintis genre muzik di Malaysia dan masih aktif sehingga kini.

"The Strollers sudah mula mencipta nama dalam arena muzik sejak 1965 dan sampai sekarang masih lagi aktif membuat persembahan manakala Blues Gang pula adalah legenda blues tempatan sejak 1973 yang kini masih tiada penggantinya," katanya.
Powered by Blogger.