F Black Mahu Anak Jadi Juruterbang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Black Mahu Anak Jadi Juruterbang


Ayah kepada seorang anak iaitu Black Hanifah berharap agar masa depan putera hatinya iaitu Khaleef Dayyan, apabila dewasa nanti akan menjadi seorang juruterbang.

Wah seronoknya andai rezeki Dayyan bila dah besar nanti jadi juruterbang. Bolehlah bawa Black dan ibu terbang ke merata negara.

"Buat masa ini Dayyan baru sahaja berusia setahun sembilan bulan. Jadi belum nampak lagi apa yang dia minat. Pun begitu, saya dan isteri kalau boleh mahu Dayyan jadi seorang juruterbang. Kami suka melihat pakaian seragam juruterbang. Malah Gaji pun lumayan juga.

"Tetapi saya juga tidak akan menghalang sekiranya bidang muzik juga menjadi pilihannya. Andai itulah bidang yang dia mahu, saya akan hantar dia ke kelas muzik," ujarnya.

Ini mesti Black dan isteri terpengaruh dengan drama rantaian Melayu di televisyen yang ada cerita-cerita juruterbang.

Iya, sudah tentu ibu bapa mahukan yang terbaik untuk masa depan anak mereka. Sama-samalah kita doakan semoga apa yang dihajati pelantun lagu Anugerah Terindah termakbul. Amin.
Powered by Blogger.