F Beto terkilan produk tempatan diciplak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Beto terkilan produk tempatan diciplak


Baru-baru ini Kakigosip telah dijemput oleh pihak Abstrax bersempena dengan pelancaran koleksi terbaru jersi mereka, Vortex.

Istimewanya pada kali ini negeri Johor Darul Takzim dan Selangor Darul Ehsan telah diangkat menjadi tema koleksi jersi tersebut.

Selaku duta kepada jenama jersi itu, Beto Kusyairi turut merakamkan rasa ketidakpuasan hatinya kerana memandangkan isu cetak rompak produk tempatan semakin berleluasa.



"Sempenea pelancaran Vortex Abstrax, saya semestinya berbangga atas kejayaan itu. Ini bermakna meningkat lagi satu anak tangga dengan mengeluarkan koleksi tema negeri. Bagi saya, saya melihat ini dari sudut partiotisma, semanagat kenegerian dari sudut yang positif.

"Berkenaan isu cetak rompak pula, sukar untuk saya katakan sebab ia turut berlaku dalam industri saya sendiri. Malah ia turut berlaku dalam Abstrax Jingga yang diplagiat sesuka hati. Perkara ini agak menyedihkan dan ia tidak patut berlaku. Orang lain melalui saat kesukaran dengan mengeluarkan modal, orang lain pula untung atas angin.

"Walau bagaimanapun,  dari sudut positf ianya dapat memberi secara tidak langsung untuk mempromosikan produk tempatan tersebut. Dalam hal ini ada jugalah 'pro and cons'. Secara peribadi saya sangat tidak bersetuju  apabila isu ini semakin menjadi-jadi khususnya ke atas produk tempatan kita," terang Beto.



Dalam perkembangan lain, saksikan lakonan Beto dan barisan artis lain seperti Azhan Rani dan Syafie Naswip dalam filem pendek sempena Hari Kebangsaan Ke-59 bertajuk, Bunga Bangsa.
Powered by Blogger.