F Bersedia Kalau Digosipkan Lagi - Elfira Loy | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bersedia Kalau Digosipkan Lagi - Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy memberitahu bahwa dia tidak sabar untuk menjalani penggambaran sebuah telemovie bersama 'hero'nya, Randy Pangalila selepas kali terakhir mereka digandingkan kira-kira tiga tahun lalu.

Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia memang menantikan lagi peluang bekerja bersama dengan aktor kelahiran Indonesia itu.

Enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai telemovie tersebut namun kata gadis berusia 22 tahun ini, dia menjangkakan ianya pasti berbeza.

"Penggambaran telemovie itu akan bermula 1 Oktober ini, tapi buat masa ini saya tak mahu berkongsi dan beritahu judulnya. Tunggulah sidang medianya nanti.

"Saya teruja sebab selepas tiga tahun, kami digandingkan lagi. Tentunya kali ini beza termasuklah mungkin dari segi lakonan dan pergaulan kerana imej saya sekarang sudah lain, jadi harus lah menjaga batas-batasnya.

"Walaupun lama tidak berlakon bersama, tetapi sebelum ini saya pernah jumpa dia. Dia pun gembira apabila tahu saya sudang bertudung malah dia sangat menghormati saya. Misalnya ketika kami bertemu, dia sendiri yang terlebih dulu cakap, "oh sekarang sudah tidak boleh bersentuhan", katanya ketika ditemui pada program terbaharu sidang media Extreme Roadtrip, baru-baru ini.

Sebelum ini, Randy dan Elfira pernah dikatakan menjalin hubungan istimewa selepas digandingkan di dalam dua drama arahan Michael Ang berjudul Biar Mimpi Sampai ke Bintang (2011) dan Dalam Hati Ada Taman (2013). Bagaimanapun kedua-duanya menyatakan mereka sekadar bersahabat baik.

"Kami dikaitkan sebab keserasian kami dalam drama tersebut. Kalau dulu ketika gosip itu bertebaran, saya boleh survive. Sekarang  pun tentulah saya boleh. Saya sudah bersedia kalau kami digosipkan lagi," tuturnya sambil tersenyum.

Sementara itu, Elfira juga kini menghitung detik menantikan hari graduasinya awal Oktober ini. Penuntut Kolej Damansara Utama ini bakal menerima Diploma jurusan pengkhususan kesenian hiburan.

"Alhamdulillah, Oktober ini saya akan terima Diploma setelah 2 tahun setengah mengikuti pembelajaran," beritahunya dengan nada teruja.

Mengenai penglibatannya dalam Extreme Roadtrip, Elfira berkata, meskipun dia seorang penggemar aktiviti lasak namun ada beberapa pengalaman baru dan menyeronokkan diperolehi sepanjang penggambaran program tersebut. Disamping memupuk sikap setia kawan dan kerjasama mereka bertiga

Bakal ditayangkan mulai 1 Oktober di saluran Astro Bella, Extreme Roadtrip turut menampilkan pelawak dan pengacara Sherry Al-Hadad dan pelakon Ardel Aryana.

Selain dicabar mengatasi ketakutannya terhadap ikan atau lebih dikenali sebagai Ichthyophobia sewaktu melakukan scuba diving, kongsi Elfira, pengalaman yang masih segar diingatannya ialah apabila dia terpaksa mengangkat Sherry ketika cabaran mendaki bukit yang terletak di Ulu Dungun.

"Melihat keadaan kak Sherry yang keletihan dan hampir berputus asa, saya terus ambil keputusan untuk mengangkat dia. Saya arahkan dia duduk atas belakang saya dan memang dia betul-betul duduk (gelak).

"Masa tu apa yang saya fikir, apa yang penting kami bertiga harus habiskan cabaran itu hingga berjaya sampai ke puncak. Saya mahu kak Sherry rasa perasaan dan kepuasaan apabila berada di puncak seperti mana yang saya dan Ardel rasa.

"Dan seumur hidup saya, ini kali pertama saya pergi berurut selepas badan saya sakit-sakit akibat mengangkat kak Sherry," ceritanya sambil tertawa.
Powered by Blogger.