F Bersatu diluluskan dengan singkatan PPBM | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bersatu diluluskan dengan singkatan PPBM

Pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini dengan nama singkatan PPBM.

Ahli Jawatankuasa Penaja Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya dimaklumkan tentang perkara itu sebentar tadi.

“Kami baru dapat berita. Insya-ALLAH esok kami akan ke RoS untuk ambil borang pendaftaran,” katanya kepada Sinar Online.

Pada 9 Ogos lalu, Muhyiddin menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Bersatu dengan harapan ia bakal diluluskan RoS selewat-lewatnya esok.

Syed Saddiq melihat keputusan RoS itu sebagai langkah untuk pihaknya merancakkan gerakan parti itu.

“Saya amat gembira mendengar berita pendaftaran parti Bersatu. Sebelum ini gerakan kami terbatas kerana takut ia akan menjejaskan pendaftaran di RoS.

“Mulai sekarang kami akan rancakkan gerakan kami. Saya berterima kasih ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menunaikan janjinya untuk tidak menyekat pendaftaran kami,” katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan memberi jaminan tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan sebarang pendaftaran parti-parti politik yang baru di negara ini sekiranya ia memenuhi syarat yang ditetapkan.

Pemerhati politik sebelum ini mengingatkan pemimpin Umno-BN agar tidak memandang enteng penubuhan parti baharu ini yang mensasarkan ahli-ahli Umno.
Powered by Blogger.