F Benarkah Aidil Aziz Yang Disyaki Terbabit Dalam Kes Dadah? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Benarkah Aidil Aziz Yang Disyaki Terbabit Dalam Kes Dadah?


Kakigosip terkejut apabila mendengar satu berita berkenaan seorang pelakon lelaki tanah air kita dikatakan telah terbabit dalam kes dadah dan senjata berbahaya.

Memetik laporan Sinar Harian, Kakigosip difahamkan pelakon lelaki yang tidak sebutkan namanya itu antara tiga suspek lain yang turut ditahan kerana memiliki benih ganja dan senjata berbahaya.

Sementara itu, Astro Gempak pula melaporkan pelakon tersebut itu ialah Aidil Aziz. Anak muda itu telah ditahan di sebuah kediaman di jalan Ampang, kira-kira pada jam 12.40 tengah hari, semalam.

Menurut laporan pihak berkuasa, turut ditemui lampu spotlight, baja, penyembur air, biji benih pokok ganja, tujuh bilah pedang samurai, 21 bilah pisau, tiga buku lima, empat pucuk pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM25,000 dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).
Powered by Blogger.