F Belum Sedia Kongsi Gambar Wajah Anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Belum Sedia Kongsi Gambar Wajah Anak

Walaupun sudah habis berpantang namun pelakon dan pengacara Raja Farah, 28, belum bersedia berkongsi gambar anak sulungnya, Imran Iskandar, yang selamat dilahirkan pada 10 Ogos lalu.

"Jika diikutkan, saya sudah pun habis berpantang dan bolehlah berkongsi gambar anak dalam masa beberapa lagi. Tetapi, tunggulah dulu hingga kami benar-benar bersedia.

"Ketika ini, rasanya Imran pun masih memerlukan rehat secukupnya. Saya sendiri juga baru saja melepas fasa pemulihan dan masih berusaha menstabilkan diri.

Namun, saya sedar ada peminat yang teringin untuk menatap wajah anak kami. Jadi, mungkin dalam masa beberapa hari lagi, saya boleh berbuat begitu," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Raja Farah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ismail, 34, pada 6 September tahun lalu.

Akan kembali bertugas mengacarakan program Assalamualaikum, awal Oktober depan, daam pada itu Raja Farah mengakui dirinya ketika ini sangat menebal dengan naluri keibuan.

"Alhamdulillah, saya amat gembira dengan kehadiran anak sulung kami. Ia sebuah kelahiran yang sangat-sangat dinanti.

"Seperti juga wanita lain, saya memang seronok melihat budak kecil. Kini, dengan adanya anak sendiri, ia ada kala terasa seperti bermimpi.

"Kami turut memilih nama yang ringkas untuk si kecil, seperti bapanya juga. Lagipun, ia mudah untuk diingati. Semoga Imran membesar menjadi anak yang baik dan soleh," katanya.
Powered by Blogger.