Berita Terkini
recent

Bekas Suami Tidak Lawat Anak - Elly Mazlein


Hampir enam bulan selepas anak Elly Mazlein iaitu Putri Sara Sefhia dilahirkan, Elly memberitahu bekas suaminya masih belum melawat anak mereka.

Malah kata Elly, suami juga tidak ada bertanya khabar.

Pun begitu menurut figura ibu yang lembut itu berkata, tiada sedikit pun masalah baginya untuk membesarkan anak tanpa seorang suami.

Ini kerana bagi Elly dia selesa dan mampu berdikari. Baguslah macam tu, boleh dikategorikan sebagai 'iron lady'. Kakigosip berharap semoga Elly terus kuat untuk masa depan bersama Putri.

Untuk rekod, Elly dan Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Sewaktu mereka bercerai, Elly sedang mengandung anak mereka.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.