F ‎Bekas penjaga gol Harimau Malaya meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

‎Bekas penjaga gol Harimau Malaya meninggal dunia

BEKAS penjaga gol bola sepak kebangsaan, Datuk Yusoff Bakar, 81 menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah akibat masalah buah pinggang kira-kira jam 6.20 petang tadi.

Menantunya, Badri Mohd Saaid berkata, urusan pengkebumian akan dilakukan di rumahnya di Taman Rakyat, dekat sini dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Al Bukahry pada jam 11 pagi esok.

Yusoff Lebih dikenali dengan gelaran 'Iron Gate' pada zaman kegemilangannya sekitar tahun hujung 50-an dan awal 60-an.

Yusof merupakan bekas Pengarah Penjara Alor Setar bersara pada tahun 1990 mewakili negara di Sukan SEAP 1959 di Bangkok, 1961 (Rangoon) dan terpilih sebagai Pemain Terbaik di Kejohanan Hari Kemerdekaan Vietnam 1961 bagi anugerah pemain terbaik di Asia Tenggara.

Bekas pemain seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri Ghani Minhat ini berjaya memenangi 10 cap perlawanan antarabangsa bersama Malaysia antaranya menentang Indonesia, Myanmar, Thailand, Hong Kong dan Jepun.
Powered by Blogger.