F Bekas Bakal Suami Fafau Jawab Dakwaan Sudah Berkahwin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bekas Bakal Suami Fafau Jawab Dakwaan Sudah Berkahwin

Bekas bakal suami kepada Fara Fauzana (Fafau), Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, menafikan pembatalan majlis pernikahannya dengan pengacara itu disebabkan kononnya dia berstatus suami orang.

Memetik laporan Kosmo! Hafiz berkata, sebelum dan sewaktu majlis tersebut dibatalkan, dia masih bujang dan tidak pernah merahsiakan statusnya itu daripada pengetahuan Fara sebelum ini.

"Saya tidak pernah berkahwin dan merahsiakan perkara ini daripada dia.

Pembatalan perkahwinan kami juga bukan disebabkan status saya seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam," katanya.

Tambah Hafiz, pihak Fara selayaknya menjawab mengapa perkahwinan tersebut dibatalkan secara tiba-tiba.

Sementara itu, Hafiz bermohon supaya dirinya dan keluarga diberi ruang serta privasi kerana dia masih lagi cuba bertenang daripada pembatalan pernikahannya itu.

Powered by Blogger.