F Baekhyun Perjelas Sebab Suka Berbogel | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Baekhyun Perjelas Sebab Suka Berbogel

Bintang Hallyu, Baekhyun, baru-baru ini membuat pengakuan sekaligus mendedahkan tabiat dan perangai sebenar dirinya jika berada di dorm bersama-sama anggota EXO yang lain.

Pengakuan tersebut dibuat ketika muncul menerusi sebuah program terbitan MBC yang berjudul 'Every1 Star Show 360'. Turut diundang bersama, dua lagi anggota EXO iaitu Suho dan Kai

Ketika bersiaran, antara topik yang diperkatakan ialah mengenai Baekhyun yang mencuri perhatian gara-gara #GeniusBaekhyun,” “#PleaseControl_____,” dan “#FunnyHyung.

Tertanya-tanya akan maksud # tersebut, lantas hos, Leeteuk, bertanya maksud sebenar "#PleaseControl_____,"

Suho dan Kai spontan ketawa. Dedah mereka, tempat kosong itu bermksud perkataan "kentut" dan "sendawa".

Dia betul-betul teruk," tambah Kai sambil tertawa.

"Sebab saya melakukannya (kentut dan sendawa) kerana mahu rapatkan hubungan antara saya dan anggota lain."

Leeteuk bertanya, "Jadi bermaksud, kamu mahu berasa lebih dekat dengan mereka?"

"Ya, dan jika di dorm saya sengaja suka berbogel supaya saya lebih rapat dengan mereka. Sebenarnya, banyak kali saya berjalan tanpa seurat benang. Kawan-kawan lain sahaja yang tidak menyedarinya”, akui pelakon drama Scarlet Heart: Goryeo itu sambil tertawa.
Powered by Blogger.