F Azmin lawat gadis jual nasi lemak anak dara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Azmin lawat gadis jual nasi lemak anak dara

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melawat gerai milik seorang gadis penjual nasi lemak yang viral baru-baru ini di Seksyen 7.

Siti Hajar Ahmad, 24, sebelum ini dikenakan kompaun RM2,000 dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas kisahnya yang berniaga Nasi Lemak Anak Dara viral di media sosial.

Memetik Selangor Kini, kunjungan Mohamed Azmin adalah sebagai tanda sokongan kepada Siti Hajar yang menjalankan nasi lemak bagi menampung kehidupannya selepas tamat pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik.

Azmin turut menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada anak muda untuk menjalankan perniagaanya secara sah.
Powered by Blogger.