F Azhan Rani Ketepikan Soal Kahwin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Azhan Rani Ketepikan Soal Kahwin

Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri? Namun bagi pelakon Azhan Rani, 40, soal mahu menamatkan zaman bujang bukan lagi satu keutamaan.

Memetik laporan mStar online, pelakon ini berkata, sebaliknya dia memberi fokus kepada karier lakonannya selain menjaga ibunya sejak bapanya, Abdul Rani Sabri meninggal dunia pada 21 Ogos lalu.

Katanya lagi, dia tidak berasa kecewa kerana jodohnya lambat kerana yakin Allah mempunyai aturan lebih baik untuknya.

"Pernah ada teman wanita sebelum ini namun ia tidak berakhir dengan baik namun saya percaya tentang jodoh ini Insya-Allah pasti akan ada suatu hari nanti.

"Walaupun saya kata ia tidak lagi menjadi keutamaan tetapi kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang," ujarnya yang kini aktif mengayuh basikal sebagai hobi dan terapi diri dikala mengisi masa terluang.

Mula aktif dengan sukan berkenaan sejak dua tahun lalu dan dalam tempoh itu, Azhan telah pun menjelajah ke seluruh Malaysia.

Malah kata Azhan, setiap kali dia pulang melawat ibunya di Kuala Kubu Baru, Selangor dia akan berbasikal daripada rumahnya di Selayang, dekat sini.

Dalam perkembangan lain, Azhan berkata dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri terbaharu berjudul Samudera Rindu untuk siaran TV9.
Powered by Blogger.