F Ayah Aliff Aziz Mahu Ramai Cucu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ayah Aliff Aziz Mahu Ramai Cucu


Malam tadi Kakigosip telah menghadiri majlis persandingan 'si handsome boy' Aliff Aziz dengan pasangannya 'si cantik yang comel' Bella Astillah di Top Glove Tower Setia Alam.

Majlis cukup meriah dengan pelamin dan dewan yang dihias serba indah. Busana pasangan pengantin juga kelihatan sangat sempurna.

Kakigosip sempat bertanyakan kepada kedua ibu bapa Aliff, perasaan mereka selepas dapat menantu ini.

Jelas ibu Aliff, "Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dari dekat dan jauh untuk majlis ini.

"Harap Aliff jadi suami yang baik, jadi ayah jika dimurahkan rezeki, sayang isterinya dengan sejujur hati dan bahagia selama-lamanya," ujarnya.

Sementara apabila ditanya mengenai cucu pula, ayah Aliff memberitahu dia mahukan cucu yang ramai.

InsyaAllah mudah-mudahan tercapai hajat ibu dan bapa Aliff ini.

Sementara itu, Aliff ya g ditemui mengucapkan terima kasih buat semua tetamu yang hadir.

"Alhamdulillah, saya kira perkahwinan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu saya pikul sebagai seorang suami. Doakan yang baik-baik untuk kami. Soal bulan madu kami belum rancang apa-apa lagi. Mungkin Korea atau Mesir, bergantung kepada pilihan isteri"kata Aliff.

Terdahulu, pasangan ini telah bernikah pada hari yang sama dan sah menjadi suami isteri hanya dengan sekali lafaz sahaja.

Tahniah buat Aliff dan pasangan dari Kakigosip.
Powered by Blogger.