F Awie Lega Bengkak Kaki Semakin Surut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Awie Lega Bengkak Kaki Semakin Surut

Penyanyi dan pelakon Awie bersyukur keadaan kakinya yang membengkak sejak beberapa hari lalu kini semakin beransur pulih.

Memetik laporan BH online, Awie berkata dia sudah mendapatkan rawatan di hospital pakar. Namun doktor yang merawatnya sukar mengenal pasti apakah punca dan penyakit sebenar yang dialaminya.

"Alhamdulillah, kaki saya beransur baik selepas beberapa hari tidak boleh berjalan. Saya ada melakukan pemeriksaan dengan doktor pakar mengenai kesakitan pada bahagian kaki saya ini.

"Doktor pakar pun sukar untuk mengagak penyakit yang saya alami kerana ia bukan gout atau bengkak biasa. Sebagai alternatif, saya turut mendapatkan khidmat rawatan tradisional.

Bagaimanapun penyakit misteri yang membuatkannya dia sukar berjalan sejak beberapa hari lalu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan latihan bangsawan teater Tun Mamat Dan Puteri Gunung Ledang.

"Walaupun belum sembuh sepenuhnya, saya gagahkan juga mengikuti latihan Tun Mamat. Sokongan rakan lain yang menjayakan teater ini juga antara pemangkin semangat. Masing-masing menunjukkan komitmen untuk teater ini," katanya.

Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 30 September dan 1 Oktober depan.
Powered by Blogger.