F Aurel Sudah Berani Seksi, Ashanty Hanya Mampu Geleng Kepala | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aurel Sudah Berani Seksi, Ashanty Hanya Mampu Geleng Kepala

Penyanyi Ashanty mengakui terkejut melihat perubahan anak tirinya, Aurel Hermansyah, yang kini sudah berani berpenampilan seksi di depan khalayak.

Bagaimanapun sebagai ibu, Ashanty berkata dia tidak mengalakkan namun tidak juga memarahi anak tirinya itu. Sebaliknya isteri penyanyi dan komposer Anang Hermansyah itu sekadar tersenyum, memahami dan akur bahawa Aurel kini sudah semakin meningkat dewasa.

"Aurel sudah dewasa, bajunya sudah mulai, uh gimana gitu. Seksi-seksi gitu kan, saya yang jadi pusing kepala ngeliatnya.

"Kalau memang masih wajar dan memang gayanya lagi hits sekarang ya nggak apa-apa," kata Ashanty seperti yang dilaporkan detik.hot.com

Baru-baru ini, Aurel melancarkan muzik video terbaharu, 'Separuh Jiwaku Pergi' yang mana lagu itu juga pernah dipopulerkan oleh Anang sendiri.

Lebih mencuri tumpuan, dalam video tersebut Aurel mengenakan gaun warna putih jarang. Potongan dibahagian dadah bajunya itu agak terdedah sehingga hampir menampakkan bahagian payudaranya. Ternyata gaya seksi dan aksi cukup menggoda Aurel menjadi bualan hangat netizen Indonesia.

Aurel atau nama sebenarnya Titania Aurelie Hermansyah atau lebih mesra dengan panggilan Lolly, 18, merupakan anak sulung Anang, hasil perkahwinan terdahulu bersama diva Krisdayanti.
Powered by Blogger.