F Atu Zero Dakwa Diri Dipinggirkan, Nafi Sombong | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Atu Zero Dakwa Diri Dipinggirkan, Nafi Sombong

Pelawak dan pelakon, Atu Zero menafikan semakin sombong dan tidak mahu didekati media kebelakangan ini.

Memetik laporan Harian Metro, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 24, berkata dia tertanya-tanya bagaimana dakwaan itu timbul sedangkan dia sendiri berasakan dirinya semakin dipinggirkan tanpa sebarang liputan ketika ini.

"Bila masa saya sombong? Saya tidak tahu kenapa ada pihak perlu mendakwa sedemikian tanpa kenal dan berjumpa lebih dekat dengan saya?

"Sebenarnya, saya yang rasa seperti semakin dipinggirkan kerana sudah lama rasanya tiada liputan mengenai diri saya. Syukur rezeki lepas kahwin hadir tanpa henti dan dapatlah saya sibukkan diri," katanya.

Pelawak kelahiran Sabah itu juga terkejut apabila dikatakan ramai tidak tahu dia sudah berkahwin dengan wanita pilihannya, Shafeeqa, 27, pada Februari lalu.

“Isteri saya kini sudah hamil dan dijadualkan bersalin pada November nanti. Macam mana pula ramai tidak tahu saya sudah kahwin?

“Nak kata saya tak jemput, saya memang ada edarkan jemputan untuk majlis kami yang berlangsung di Johor ketika itu,” katanya.

Semakin aktif bergerak sendirian ketika ini, Atu juga menafikan dia cuba meminggirkan dua adik-beradiknya yang lain dan mengetepikan Zero.

Sebaliknya, dia sendiri sangat rindu bergerak bersama Syaiful dan Kadir selepas kali terakhir mengadakan akiviti secara berkumpulan bulan lalu.
Powered by Blogger.