F Anuar Zain; Selepas 5 Tahun Baru Muncul Dengan Album Baru | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anuar Zain; Selepas 5 Tahun Baru Muncul Dengan Album Baru


Yeayyy pasti ramai yang menjerit gembira apabila awal bulan Oktober depan, penyanyi Anuar Zain akan mengeluarkan album solo terbarunya selepas lima tahun tidak muncul.

Walaupun dalam jangka masa itu Anuar agak senyap, tetapi lagu-lagunya seperti Sedetik Lebih dan Lelaki Ini tetap bermain di radio. Dalam diam-diam ubi berisi, rupanya Anuar ada perancangan lain iaitu sibuk membuat album terbaru sebagai hadiah kepada peminatnya.

Cabaran demi cabaran yang dilalui oleh Anuar dalam proses menyiapkan albumnya, namun dia tetap gigih untuk menghasilkan karyanya.

“Proses menyiapkan album ada cabarannya, bagaimanapun saya dan team berusaha mengharunginya bersama. Saya akui proses membuat lagu ketika nak buat ‘mixing’ dan ‘mastering’ adalah antara proses yang agak renyah sekali.

"Adakalanya saya dan komposer agak keliru juga untuk menentukan lagu yang mana satu bakal diterbitkan. Iyalah nak dapatkan bunyi yang sesuai. Jadi selepas lima kali usaha barulah kesemua lagu berjaya dimuatkan ke dalam terbaru saya.

"Oleh itu saya berharap agar lagu-lagu dalam album saya ini sedap didengari oleh pendengar," ujar Anuar ketika ditemui di sidang majlis pelancaran album solo terbaru di Le Meridien, Kuala Lumpur.

Jangan lupa dapatkan album yang mampu buat anda menangis di semua cawangan Mydin. Buat mereka yang berada di luar negara, janganlah bersedih, anda juga boleh dapatkan secara online menerusi Lazada.

Nikmatilah juga video muzik Andainya Takdir di YouTube VEVO-Anuar Zain.

Tahniah! Kakigosip ucapkan kepada penyanyi Anuar Zain atas pencapaian hari ini.
Powered by Blogger.