F Anuar Zain Kini Sudah Ada Akaun Instagram Rasmi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anuar Zain Kini Sudah Ada Akaun Instagram Rasmi

Akur dengan peredaran teknologi sosial masa kini, penyanyi Anuar Zain, 46, akhirnya membuat keputusan untuk membuka sebuah akaun laman sosial Instagram sejak 9 September lalu.

Memetik mStar online, Anuar berkata, dia menganggap ia sebagai satu cara untuk berkongsi cara pembikinan lagu dengan peminat-peminatnya.

"Saya sudah ada laman sosial iaitu @Anuarzainnetwork yang baharu sahaja saya buka sejak 7 September lalu dan tidak sangka dapat banyak respons dan komen positif peminat.

"Saya banyak berkongsi tentang proses rakaman lagu yang mana ramai rupa-rupanya peminat saya ingin tahu dan bertanya," ujarnya yang turut mengakui sudah bersedia dengan kritikan dan komen negatif.

Akaun yang baharu dibuka itu kini mempunyai 13 keping gambar dan sudah mencecah lebih 2000 pengikut.

Dalam perkembangan lain, Anuar baru saja melancarkan album terbaharunya berjudul Anuar Zain. Album tersebut memuatkan lapan lagu seperti Kembali, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.

Powered by Blogger.