F Anis Lega Peminat Sudah Boleh Terima | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anis Lega Peminat Sudah Boleh Terima

Pelakon dan model Anis Al Idrus bersyukur dan lega kerana ramai pihak sudah dapat menerima malah mendoakan hubungan percintaanya dengan pelakon Raja Afiq berpanjangan.

Memetik laporan Harian Metro, Anis berkata, pada awalnya ramai yang kurang senang dengan sikapnya yang terlalu berterus terang dan mengaku menjalin hubungan dengan hero drama Sayangku Kapten Muhkriz itu. Pelbagai kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sehingga dia dikatakan kerap bertukar teman lelaki.

“Tidak dinafikan sebelum ini ada kurang senang dengan cara saya yang terlalu berterus terang tetapi saya perlu bersikap jujur.

“Perit pada mulanya tetapi syukur sekarang semua kembali normal seperti biasa. Apatah lagi Afiq sendiri bersikap terbuka dalam soal ini.

“Jadi kepada yang tidak faham situasi sebenar dan melemparkan pelbagai tuduhan, saya tidak ambil hati asalkan apa yang saya lakukan itu betul. Tidak salah kita terus mencari kebahagiaan untuk diri sendiri,” katanya.

Mengenai perkembangan seni, selepas percubaannya dalam dunia nyanyian menerusi single Mengapa mendapat sambutan, Anis merancang merakamkan single kedua.

Selain itu, dia yang turut aktif berniaga bakal mengeluarkan produk kecantikan sendiri bulan ini.
Powered by Blogger.